PERATURAN KANTIN SEKOLAH
1. Pelajar hanya dibenarkan berada di kantin pada waktu rehat dan selepas waktu rehat dan selepas waktu sekolah
Waktu rehat Tahap 1: 9.30 pagi – 10.00 pagi.
Waktu rehat ahap 2: 10.30 pagi – 11.00 pagi.
2. Pengawas dibenarkan keluar sepuluh minit lebih awal untuk makan di kantin sebelum bertugas
3. Pengawas bertugas hendaklah sentiasa mengawasi pelajar pada waktu rehat di kantin
4. Pelajar hendaklah mengutamakan kebersihan dan keselamatan di kantin semasa waktu rehat
5. Pelajar mesti berbaris sewaktu membeli makanan dan dilarang membuat bising
6. Pelajar dilarang berlari ketika berada di kantin
7. Pelajar yang telah membeli makanan harus bergerak segera ke meja yang disediakan dan makan dengan tertib
8. Pelajar hendaklah menggunakan sinki yang terdapat di kantin untuk mencuci tangan sebelum dan selepas makan
9. Pelajar dilarang masuk ke dapur kantin atau ke tempat menjual makanan
10. Pelajar dilarang membawa makanan balik ke kelas
11. Pelajar hendaklah makan dan minum di tempat yang disediakan dalam keadaan duduk
12. Pinggan dan gelas yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan
13. Pelajar hendaklah membuang segala bungkusan dan sisa makanan ke
dalam tong sampah yang disediakan
14. Pelajar perlu berkumpul di dewan terbuka selepas makan di kantin dan
menunggu arahan daripada guru bertugas.
No comments:
Post a Comment