GABUNG JALIN

Penggabungjalinan merupakan proses penyampaian beberapa kemahiran dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran di kantin. Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Penggabungjalinan ialah satu proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh dalam suatu proses P & P di kantin. 
Penggabungjalinan bertujuan membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran secara serentak dalam satu proses P & P dan meningkatkan keberkesanan proses P & P di kantin. Penggabungjalinan juga penting untuk menarik minat murid terhadap proses P & P dan menjadikan proses P & P lebih bermakna kepada murid. Proses penggabungjalinan ini juga memberi ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui aktiviti yang dilaksanakan di kantin yang melibatkan murid secara aktif. Penggabungjalinan akan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran utama akan diberikan fokus yang lebih berbanding fokus yang digabungjalinkan. Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama lain.

Terdapat tiga jenis bentuk penggabungjalinan kemahiran iaitu:
1)    Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran

a.   melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain.
b.   memerlukan sekurang-kurangnya dua kemahiran yang digabungkan dalam sesuatu proses P & P.
c. Kemahiran ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu kemahiran fokus dan kemahiran sampingan.

2)    Penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain

a.    memerlukan penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam   sesuatu mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran yang diajar.

3)    Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.

a. Melibatkan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam kurikulum seperti kemahiran belajar untuk proses pembelajaran murid, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dan kemahiran penyelesaian masalah.

Contoh-contoh penggabungjalinan yang dipraktikkan di kantin SK Senawang 3 :

1)  Menggabungkan kemahiran berbahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam   bunting yang ditampal pada dinding kantin

2)   Penggabungjalinan Matematik dan Bahasa Inggeris : Murid membeli makanan menggunakan wang dan menyebut harga makanan dalam Bahasa Inggeris

3) Penggabungjalinan kemahiran Sains, RBT dan Bahasa Melayu : Murid menggunakan timba bertakal untuk mengambil buku bacaan dalam perigi ilmu yang disediakan dan belajar simpulan bahasa 

4) Penggabunganjalinan Pendidikan Islam dan Muzik: Penggunaan selawat beraudio ketika menikmati makanan di kantin

5) Penggabungjalinan Sains dan PJ : Pembentangan tentang menu sihat dan pengambilan makanan berkhasiat

No comments:

Post a Comment