Saturday, October 8, 2022

ZIARAH KANTIN SK SENAWANG 3 SECARA MAYA

Terima kasih kerana melayari Blog Kantin SK Senawang 3.
Murid-murid, penjaga, guru-guru jua komuniti serta pelawat di mana sahaja berada boleh melayari blog kantin SK Senawang 3 bagi mendapatkan informasi dan maklumat terkini mengenai perkembangan kantin sekolah kami. Blog kantin sekolah boleh dilayari pada alamat berikut:

kantinss3@blogspot.com

Mohon berikan komen atau cadangan mengenai kantin SK Senawang 3 pada pautan di bawah ini :

https://padlet.com/g_06135545/kantinsks3 

Terima kasih.

Wednesday, October 5, 2022

GOTONG-ROYONG PERDANA MENCERIAKAN KANTIN 2022



 

Gotong-royong Perdana menceriakan kantin bersama bersama Guru/Akp dan warga SKS3 serta jalinan dgn komuniti persatuan penduduk taman juga agensi luar MBS dan Bomba. Kantin SK Senawang 3 telah terpilih untuk menyertai Pertandingan Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri  2022. Gotong royong telah diadakan pada :

Tarikh : 01 OKtober 2022
Masa : 8.00 pagi
Tempat  : Kantin SK Senawang 3

Tuesday, October 4, 2022

KEMPEN BASUH TANGAN DENGAN BETUL.

 Tangan anda boleh menjadi tempat persembunyian pelbagai jenis kuman yang membawa penyakit-penyakit berbahaya. Oleh itu, pastikan tangan anda sentiasa bersih. Basuhlah tangan dengan betul. Amalkan langkah-langkah berikut.

* Langkah pertama. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
* Langkah yang kedua. Gosok kedua-dua belah tapak tangan anda
* Langkah yang ketiga. Gosok setiap jari dan celah jari anda
* Langkah yang keempat. Gosok kuku di tapak tangan anda
* Langkah yang kelima. Gosok belakang tangan dan celah jari anda
* Langkah yang keenam. Basuh tangan anda dengan aliran air yang bersih
* Dan langkah yang ketujuh. Keringkan tangan anda dengan tisu atau kain yang bersih
Tangan yang bersih boleh mencegah penyakit. Amalkan membasuh tangan dengan cara yang betul. Keputusan di tangan anda



WARGA SK SENAWANG 3 TAK MAKAN MEE SEGERA!

 Mi segera ini memang menjadi kegilaan dan ketagihan ramai orang. Bukan sahaja mudah dan cepat untuk masak malah mampu mengenyangkan perut pada waktu tengah malam sementara menunggu hari cerah.


Mengapa kita tidak digalakkan makan mi segera? Meskipun beratus kali diuar-uarkan kesan negatif makan makanan seperti ini, namun ia bagai ‘masuk di telinga kanan, keluar di telinga kiri’.

Sekalipun sering diiklankan mi segera ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan semula jadi dan menyihatkan, namun ia tetap saja tidak disarankan untuk dimakan. Berikut adalah kesan buruk makan mi segera:

  • Menghalang penyerapan nutrisi.
  • Menyebabkan kanser.
  • Keguguran.
  • Bahaya propylene glycol.
  • Bahaya bagi pencernaan.
  • Kegemukan.
  • Tinggi MSG.

MSG ini memang menjadi trauma masyarakat satu ketika dahulu. Tetapi lama-kelamaan, nafsu kesedapan mengatasi logik kesihatan dan kita berterusan makan mi segera.

Selepas ini, setiap kali pergi ke Hypermarket, elakkan mengambil paket mi segera dan letak dalam troli. Memang niat awal untuk makan waktu kecemasan sahaja tetapi apabila benda sudah ada depan mata, dalam masa 2 hari sudah habis satu paket untuk 2 orang makan

AKTIVITI KANTIN : 'PROGRAM KANTIN BERSIH, SELAMAT DAN SIHAT’

 

Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’


Kantin merupakan sebuah tempat atau ruangan yang digemari pelajar sekolah. Masa rehat merupakan masa yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh pelajar kerana mahu mengisi perut sebagai bekalan tenaga untuk belajar. 


Tanpa disedari kantin juga menjadi tempat komunikasi antara pelajar kerana semua pelajar akan berkumpul di kantin pada sesuatu masa untuk berkongsi maklumat sesama mereka.


Kepentingan kantin di sekolah bukan sahaja dilihat menjadi tempat berhimpun pelajar, tetapi juga tempat menjamu selera makanan yang sihat.  Oleh itu, Program Kantin Bersih, Selamat dan Sihat merupakan satu program yang dapat memaksimumkan penggunaan kantin di sekolah.


Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’ yang telah dianjurkan di sekolah-sekolah merupakan satu program yang dapat membantu memberikan kesedaran kepada semua warga sekolah terutamanya para pelajar agar menghargai dan mengetahui fungsi kantin sepenuhnya.


Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’ merupakan satu inisiatif yang baik dalam memperkembang pengetahuan tentang fungsi kantin dan memanfaatkan kantin secara optimum kepada para pelajar. 


Selain itu, warga sekolah dapat menunjukkan sikap kebersamaan dan kebertanggungjawaban terhadap salah satu kemudahan yang penting yang telah disediakan dalam usaha untuk menceria dan memelihara kebersihan, keselamatan dan keceriaannya. Warga sekolah juga dapat menjaga dan mengekalkan kebersihan serta kekemasan kantin sepanjang masa selain dapat mengamalkan pemakanan yang sihat bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan.


Bertepatan dengan matlamat Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’ iaitu bagi mewujudkan persekitaran kantin yang sihat, selamat dan pemakanan yang sihat serta kecekapan pengurusan kantin, kesedaran berkaitan kebersihan persekitaran kantin, menjaga aspek keselamatan semasa berada di kantin dan penyediaan makanan dan minuman yang sihat dan berkhasiat kepada warga sekolah terutamanya para pelajar adalah penting.


Sekolah merupakan satu institusi pembelajaran yang paling sesuai untuk menanam sikap kebersamaaan dalam menjaga kebersihan kantin. Pelajar juga perlu diterap dengan amalan pemakanan yang baik dan berkualiti.


Selain mengutamakan amalan pemakanan yang sihat dan memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri pelajar, program ini juga menekankan kepada aspek keselamatan warga sekolah terutamanya pelajar semasa berada di kantin. Seperti yang sedia maklum, kantin menggunakan pelbagai peralatan yang boleh mengundang kemalangan, contohnya kebakaran. 

Selain itu, saiz kantin yang terhad dan menjadi tempat berkumpul pelajar pada waktu rehat dalam satu-satu masa mungkin boleh mengakibatkan kemalangan lain, contohnya terjatuh. Program ini dapat memberikan kesedaran kepada pihak sekolah dan pengurusan kantin agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan pengguna semasa berada di kantin.

Oleh itu, Program ‘Kantin Bersih, Selamat dan Sihat’ perlulah dijadikan sebagai program sepanjang tahun agar kualiti kantin dapat ditingkatkan dan budaya penggunaan kantin yang betul dapat dilaksanakan dalam kalangan warga SK Senawang 3.